PERADUAN MERDEKA – MALAYSIA
TERMA DAN SYARAT
- PENGANJUR
Peraduan ini dianjurkan oleh syarikat Gambir Jantan Solution (SA0349198-W)
- PERADUAN
Peraduan Merdeka-Malaysia merupakan peraduan berbentuk cabutan bertuah bersempena Hari Kemerdekaan Negara yang ke-63 tahun dan Hari Malaysia.
- TEMPOH PERADUAN
Peraduan bermula jam 12.00 tengah malam pada 31 Ogos 2020 dan ditutup pada jam 11.59 tengah malam pada 16 September 2020.
- KELAYAKAN
- Peraduan ini terbuka kepada semua pembeli produk Episor.
Setiap penyertaan mesti disertakan dengan bukti resit pembelian yang sah. - Had umur 18 tahun dan ke atas bagi setiap penyertaan.
- Agen, farmasi dan ahli keluarga berkaitan tidak layak menyertai peraduan ini.
- Staf dan ahli keluarga berkaitan tidak layak menyertai peraduan ini.
Penganjur berhak membatalkan penyertaan sekiranya syarat kelayakan tidak dipenuhi.
- KAEDAH PENYERTAAN
- Setiap pembelian Episor satu set (2 botol) adalah sah sebagai satu penyertaan.
- Setiap pembelian menerusi pos sahaja akan diberikan satu penyertaan. Oleh itu, pembelian secara Cash On Delivery (COD) tidak layak mengikuti peraduan ini.
- Pembelian boleh dilakukan menerusi laman web rasmi, https://www.episor.com atau mana-mana agen yang sah.
- TARIKH TUTUP PENYERTAAN
Semua penyertaan mesti diterima oleh penganjur pada atau sebelum jam 11:59 malam pada 16 September 2020. Semua penyertaan yang diterima di luar tempoh promosi akan dibatalkan secara automatik.
- MAKLUMAT PENGADILAN
- Sebagai sebahagian daripada proses pemilihan pemenang, penganjur akan memperuntukkan satu kertas undian yang dilengkapi nama pembeli bagi setiap satu penyertaan*. Penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya pemenang terpilih tidak boleh dihubungi atas apa jua sebab.
- Keseluruhan kertas undian sepanjang tempoh peraduan akan dikumpulkan untuk diundi ketika hari undian yang akan diumumkan.
- Setiap peserta hanya boleh memenangi maksima satu (1) hadiah. Oleh itu, undian nama berulang tidak layak menerima hadiah untuk kali kedua dan seterusnya.
*sila rujuk Kaedah Penyertaan
- HADIAH
- Terdapat satu (1) Hadiah Utama dan dua (2) Hadiah Saguhati untuk dimenangi.
- Hadiah Utama iaitu telefon pintar jenama Oppo, Oppo Reno 4 bernilai tidak lebih RM2000 dan Hadiah Saguhati iaitu peralatan dapur elektronik jenama Philips, Philips 6L Pressure Cooker HD 2137 tidak lebih RM700 akan diserahkan secara berhadapan kepada pemenang.
- Penganjur akan menghubungi semua pemenang menerusi nombor hubungan atau nombor mudah alih yang diterima oleh penganjur.
- Semua hadiah akan diserahkan kepada pemenang dalam tempoh 7 hari dari tarikh tutup peraduan, 16 September 2020 di Emorra Biotech Sdn. Bhd.
- Penganjur berhak untuk melanjutkan jangka masa yang dinyatakan di bawah klausa ini disebabkan alasan di luar kawalan penganjur.